Perlawanan ke 2 Iman Fc untuk Liga Selangor telah berlangsung pada minggu terakhir bulan Jun lepas dengan keputusan yang agak baik kerana perlawanan berkesudahan dengan seri 2-2 menentang Puchong United. Puchong United rata-rata dibarisi skuad muda yang bertenaga dan mempunyai sinar untuk layak ke pusingan kedua.
Iman memulakan perlawanan tersebut dengan kehilangan penjaga utama yang tidak muncul kerana masalah teknikal terpaksa menurunkan penjaga goal bidang terjun iaitu Fahmi Basri. Itu tidak mematahkan semangat melawan Iman. 20 minit pertama perlawanan agak berat sebelah dengan Iman mengawal perlawanan yang boleh dikata 65% ball position di pihak Iman. Tetapi kesebelasan muda Puchong Utd dapat menbayanginya pada minit-minit terakhir perlawan. Iman mendahului pada pertengahan babak pertama dengan jaringan yang di sudahkan oleh Sanjay.
Babak kedua bermula dengan taring tajam dijelmakan oleh skuad muda Puchong Utd. Serangan bertali arus mereka telah membawa 2 gol dalam masa 15 minit pertama. Iman bernasib baik di hadiahkan penalti pada minit minit terakhir permainan setelah Akob dijatuhkan didalam kawasan penalti. Ianya di sudahkan oleh saudara Capang untuk gol penyamaan.
Untuk perlawanan ke 3 iman akan menentang Lucky Star pada Ahad 5 Julai 2009 di RRI Sungai Buloh. Sama-sama kite datang untuk memberikan sokongan.